Langkau ke kandungan utama

Semua yang terjadi 'ADA SEBAB'

Assalamualaikum dan hi everyone!!

Sebelum nak masuk point entry untuk hari ini, aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh umat Islam diseluruh dunia. Ingat, waktu ini mustajab berdoa so yahh jangan lepaskan peluang okay?

Baiklah.. hari ni, aku (izinkan saya guna aku ye, lagi selesa sebab rasa macam cakap dengan diri sendiri hehehe..) nak share dengan korang mengenai semua perkara yang terjadi diatas muka bumi ini bukanlah 'kebetulan' tapi 'ada sebab' . Well, actually tajuk aku tu aku petik daripada kata-kata someone yang aku adore dengan dia hahaha.. Dia ni legend weyh.. and I'm pretty sure dia takkan baca entry ni. So yahh lets proceed..

Aku ada banyak cerita kalau nak share dengan korang pasal tajuk ni. Tapi aku nak share satu yg betul2 buat aku percaya (tajuk) ni..

Kisahnya bermula pada awal tahun 2018..
Tahun ini, aku merupakan pelajar form 4 yang mana tahun lepas aku kene hadap dengan PT3 hahaha.. make it short, result PT3 pun keluar.. rarenya tahun lepas sebab dia keluar 3 sijil sekali iaitu :

(i) Keputusan PT3
(ii) PBS (pentaksiran berasaskan sekolah yang ada band untuk each subject)
(iii) PAJSK (pasal markah koko and segala yg sama waktu dengannya)

So, aku ni sejenis manusia yang teringin gila nak masuk SBP or asrama yg ada aliran agama (since aku waktu lower form ambik KAA dan alhamdulilllah Arab aku A) tapiii.. syarat minima nak masuk sekolah agama ni kene 6A PT3 dan PAJSK at least kene gred B. Okay.. so PT3 aku takde masalah lah kiranya cuma stuck sebab PAJSK aku gred C (which is tak melepasi syarat minima) hahaha jangan tanya kenapa teruk sangat aku dapat. Biasalah dekat dunia ni takde benda yang sempurna. Bear in mind semua org buat silap and everyone deserves second chance :)

So untuk permohonan round pertama sekolah agama aku semua kene tolak. Hati aku ni berkecai lah jugak tapi aku okay je sebenarnya sebab dah selesa dengan sekolah aku sekarang. Cuma tulah, aku kesian dekat mak aku. Nampak sangat dia eager nak hantar aku ke sekolah agama since lepas UPSR lagi. Mama, you are my iron lady. Turun naik pejabat jais semua tu.. pergi sana pergi sini sorang2..korbankan masa kerja dia.. korbankan tenaga dia(tanpa suami disisi).. korbankan duit dia.. Mama... thank you for everything. (terharu weyh). I know mama takkan baca sebab dia ingat blog aku ni dah berhabuk HAHAHAHAH

Takpelah aku percaya sekolah mana-mana pun baik sebenarnya. Kita kene ingat Allah bagi apa yang kita perlu dan bukannya apa yang kita mahu. So aku pun meneruskan hari-hari aku seperti biasa di sekolah aku sekarang. More like, sekolah kebanggaan aku. btw.. I am proudly one of the students at SMK Seri Serdang!! dan rezeki aku dapat masuk kelas sains tulen walaupun aku rasa aku tak layak. sebab apa? Sebab math aku time PT3 pun C..sama lah jugak dengan Sains. huhuhu still improving. Doakan!!

Okay sambung.. Sampailah di pengakhiran bulan 2, aku boleh kata aku (tiba2) tahu tentang ujibakat debat. Hahaha nak tahu ke macam mana?? nantilah aku buat entry khas untuk debat sahaja okay :)

Make it short again.. AKU DAPAT JADI SALAH SEORANG DARI PEMBAHAS UTAMA!! omg i was serious laaa? Aku time tu rasa happy + terkejut + dilema. Kenapa aku dilema? sebab at that time aku tengah tunggu permohonan sekolah agama aku untuk sesi rayuan. So aku takut kalau aku dapat and how about my passion in debate? Aku terdiam kejap hahah.. lepastu Jurulatih aku yang aku sangat sanjungi dan kagumi, Dafi.. We call him JUPU (Jurulatih utama paling utama) . Dafi ni pun nanti aku cerita dalam entry yang khas untuk debat tu je okay :). Haaa dia ni boleh pulak kata "Kita buat solat hajat ramai2 supaya dia tak dapat"

Aku masa tu macam "eh mamat ni suka hati dia je..mak aku penat2 kesana kesini nak hantar surat permohonan dia boleh kata macam tu?" Tapi tu la.. sebab JUPU aku ni jugaklah buat aku rasa dihargai sebagai salah seorang ahli keluarga bahas. (sendu japppp huhuhu)

And all went well.. Alhamdulillah kitaorg menang untuk zon..daerah and finally masuk negeri..

Tapi... tiba2....

Aku dapat tawaran satu sekolah agama ni.. dekat Selangor. Jujurnya aku cakap, aku tak rasa happy.. maybe sebab aku rasa dah cukup dekat sekolah sekarang. Aku terus inform someone ni yg aku dpt tawaran tu. Aku pun tak tahulah kenapa dalam ramai2 orang.. aku bagitahu dia dulu hmmm.. aku ingat dia ni sejenis yang tak kecoh pasal benda2 macam ni.. Rupanyaaa.. habis dicanang nama aku.. Maka, ramailah rakan2 seperjuanganku dalam debat whatsapp aku... weyh ingat balik benda ni buat aku nak nangis dooo.. I really miss that moment. Boleh putar balik masa??

Okay lepastu.. setelah istokharah aku tunaikan maka aku pun ambil kata putus untuk tolak tawaran tu.. Dan aku teruskan perjuangan aku..

Sampailah satu tahap.. team bahas aku kecundang di peringkat suku akhir negeri. Sakit weyh.. sumpah! aku rasa bersalah gila sebab aku punca.. walaupun keluarga bahas aku kata ini memang dah rezeki.. tapi aku rasa kalau aku buat betul2.. takkan jadi macam ni..kan? rasa sakit tu masih ada weyh. Walaupun mungkin dah reda.. tapi aku still rasa luka tu berdarah. Faham kan? (Nangis japp hmm)
 So yahh.. aku harap sangat JUPU aku tak serik nak ajar budak2 noob lebih2 lagi aku ni.. hahaha aku ni dah lah blur2 ayam.. Aku harap dia bersabar dan masih lagi bersemangat nak ajar aku. Aku berharap sangat!! Aku ni still dahagakan ilmu..kurang pengalaman.. yela.. tahun ni baru masuk kan hmmm.. so yaa aku still beginner lah kira.

Tapi.. ni la yg aku kata.. semua benda jadi bukannya kebetulan.

Keesokkan harinya, (maksudnya selepas hari pertandingan debat negeri tu habis).. Sekolah aku ada buat ujian saringan untuk talasemia.. and lusanya.. aku diberitahu oleh seorang doktor bahawa aku menghidap anaemia (kekurangan darah merah)

Dipendekkan cerita lagi.. aku ditahan masuk wad.. sebab kene masuk 2 beg darah. (bila flashback balik.. ada someone ni tau.. dia ni tak dapat lawat aku, dan dia kata kalau boleh nak suruh aku stay hospital lama2 sebab nak lawat aku. haih.. ingat balik benda2 ni kan..... tapi tu la kalau dia baca ni.. (aku yakin lagi percaya dia tak sudi nak baca entry aku ni) aku nak dia tahu.. dia ada dengan aku time aku kat hospital pun dah cukup.I mean dia ada masa untuk aku. That is more than enough :) (Awwhhh can I cry? aku tak nak doo kita jadi stranger macam sekarang haihh)

Okay2.. sambung.

So korang nampak tak hikmahnya dekat situ?

Dari PAJSK aku tersalah information >> dapat masuk debat >> ditawarkan sekolah agama tapi aku tolak >> kalah debat negeri >> masuk hospital sebab anaemia.

Korang bayangkan kalau aku terima tawaran sekolah agama tu? maybe aku takkan tahu aku ada anaemia.. or maybe aku akan tahu tapi lambat.. atau lebih worst.. mak aku kene ulang alik sebab nak tengok aku :(  So nampakkan hikmahnya?

I think this is my longest entry for now hahaha.. still ada yang sudi nak baca? kalau takde pun aku angap ni diary aku. So for those yang baca jangan lupa komen and.. thank you for your time.
Remember, semua yg jadi 'bersebab' dan bukan kebetulan. Stay positive !

Sincerely,
Amani comel.




Catatan popular daripada blog ini

Jamuan Akhir Tahun Pengawas 2016

Assalamualaikum semua!! haaa... jawab2, jangan tak jawab...berdosa!

How are you today? Sis, hari ni happy sbb cuti nak2 exam untuk subjek teras dah settle.. Alhamdulillah..

Jadi untuk entry kali ni Sis nak share dekat awak yang sedang baca ni tentang JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS 2016... ya.. berikan tepukan gemuruhhhh!!!😂

Best sangat ke Jamuan tu? Penting ke? 

Haippp... of course lah penting uollsss... tiap2 tahun LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH akan mengadakan jamuan ni.. Jamuan ni bertujuan untuk menghargai jasa pengawas sekolah terhadap sekolah.. haaaa gitewww..

Dan for sure lah yg jamuan ni mmg DA BOOM sbb ape? Sbb kita dapat berkumpul ramai2 antara guru2 pengawas dan pengawas2 sekolah yg terdiri drpd form 1 hinnga form 5.. bukan itu sahaja.. alumni pon *senior yg dh tamat skolah* turut serta dalm jamuan nihhh WAHHH!!! Sis rase jamuan ni lagi meletop dari anugerah meletop (angkat tangan... angkat tangan.. )

Spesial nye jamuan ni sbb ianya diuruskan oleh pengawas sendiri.. ianya bagi melat…

Review buku "Cerita & Cinta" Irine Nadia

ASSALAMUALAIKUM..

Berapa hari dah Sis tak jenguk blog Sis ni..hehehe..

Ok, terus kepada point kita hari ini.. Hari ni Sis nak kongsi tentang sebuah buku yang memberi inspirasi kepada Sis.. Iaitu buku "CERITA DAN CINTA" yang merupakan sebuah coretan oleh Irine Nadia..

Gambar buku ni ade kat instagram Sis..

Korang kenal tak Irene Nadia ni siapa? Irine Nadia ni merupakan seorang blogger dan telah berkahwin pada usia yang muda.. Dia juga telah mempunyai 3 orang anak..

Inspirasi ape?

Untuk yang dah pernah baca mesti kata " eh inspirasi nak kahwin muda ke? " 

BUKAN LAH!!!

Inspirasi untuk Sis pergi kearah kebaikan sebab dalam buku ni, Kak Irine menceritakan bagaimana susahnya dia nak cari duit untuk tampung pembelajaran dia dekat MSU tanpa ditolong oleh ibu bapa..

Lepastu, bagaimana dia buka sebuah butik yang bernama "Fiska" sempena nama anak sulungnya yang pertama iaitu " Fiska Medina "

Yang paling Sis kagum dengan Kak Irine ni, dia seorang yang kuat s…

BLINK SLEEPOVER 1.0 di Markas Blink

Hai semua... Assalamualaikum. Salam Jumaat..

Hari ini Sis ingin berkongsi dengan pembaca tentang aktiviti "Blink Sleepover" yang telah dijalankan pada 3 dan 4 Disember yang lalu..

Ianya dilaksankan di MARKAS BLINK yang serba BIRU dan PINK.. rasa macam taknak balik tau! lagi pun sekejap sangat program ni.. 2 hari 1 malam.. tak cukup!

Blink Fairies : Penulis Blink
Blink Lovelies : Pembaca Blink (blinkers)

Jom tengok gambar-gambar ini..





Sebenarnya, lepas habis slot "Aku Mahu Jadi Novelistar" ada slot dengan Abang Azanil Fiti dan Abang Aman Wan untuk slot "Now everyone can talk!" tapi, tak jumpa pula gambar... Kalau nak tengok, boleh pergi ke Instagram Sis ok!







Gambar-gambar ini untuk hari kedua ya!