Rabu, 7 Jun 2017

PBAKL 2017 siri 2

                Asslamualaikum.. J Entry kali ini Sis mahu mulakan dengan pantun dulu ya!
                                               
                                                                Ketupat palas santapan Puteri,
PBAKL 2017  disambungan kini.
(merapu-merapu saja..hehehe sekadar hiburan)

Seperti yang dijanjikan, Sis akan senaraikan buku-buku hasil penulisan Prof Kamil dan Isterinya yang telah dibeli oleh Mama Sis yang terchentahhh..

1.       Rumah Sakit
2.       Disebalik Tembok Yahudi
3.       Amirul Budak Sudan
4.       Bahagia Berganda
5.       Perca


Jujur dari hati Sis, semua buku yang dikarang oleh Prof Kamil Ibrahim dan Puan Roza Roslan memang sampai ke hati. Sis paling suka buku bertajuk “Perca” hasil penulisan hebat Puan Roza Roslan. Nanti, di lain masa Sis akan buat revieu buka pula ya. Tunggu~~~

Terlanjur dah bercerita tentang buku-buku ini, marilah Sis kongsikan kisah bagaimana Mama boleh kenal Prof Kamil dan Puan Roza Roslan.

 Kami sekeluarga pergi menunaikan umrah pada Tahun 2012. Waktu itu umur Sis baru 10 tahun. How time flies~~ . Kami menggunakan khidmat agensi Andalusia. Diringkaskan cerita, Mama asyik terdengar orang sebut-sebut nama Prof Kamil. Waktu itu, Mama belum mengenali lagi siapa Prof Kamil.

Maka setelah selesai mengerjakan ibadah umrah dan ziarah kami pun pulang ke tanah air dengan menanam azam ingin ke sana lagi. Amin..semoga diperkenankan. Tidak  lama selepas pulang dari Kota Suci, Mekah, Mama suka melawati blog Prof Kamil. Tak silap namanya “KEHIDUPAN RINGKAS TAPI SIGNIFIKAN” tetapi setelah itu ditubuhkan UNIVERSITI MUHD. KAMIL IBRAHIM atau nama ringkasnya UMKI. Ianya merupakan Universiti alam maya di blog beliau  dimana tempat untuk berkongsi ilmu. Dari situ Mama baca kisah-kisah Prof Kamil yang sekarang sudah banyak dijadikan buku.

Dari situ baru Mama tahu bahawa Prof Kamil ini menetap di Madinah. Patutlah namanya menjadi sebutan. Mulai waktu itu, Mama mula mengumpul buku-buku beliau dan isterinya. Antara yang popular ialah “Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman”. Jika buku Puan Roza, Sis suka “Travelog Cinta Abadi” dan “Travelog Cinta Hakiki”. Memang best! Rugi sangat kalua awak..awak.. yang sedang baca ni, tidak ada buku-buku yang disebutkan. Percayalah, baca satu sahaja buku mereka sudah membuat anda rasa jatuh cinta! Dan anda juga akan jadi seperti Mama saya yang suka mengumpul buku mereka.

Haaaa… begitulah kisahnya… Video Mama dapatkan tandatangan mereka ada di Instagram Sis @amani232.

Okey, terubat rindu tak nak baca entry Sis? Nak tahu sambungan apa yang terjadi sewaktu PBAKL 2017 ? Ada apa di booth Blink? Buku Blink apa yang Sis beli? Hehehe.. Harap bersabar ye. Kita jumpa di next entry bertajukkkkk…


                     BOOTH BLINK 2017 BERTEMAKAN SEKOLAH SRI BANGSAR                        MENEMUI   BLINKERS DI PWTC