Selasa, 6 Jun 2017

PBAKL 2017 siri 1

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Sis Amani Bercerita. Sekarang ini musim cuti sekolah.  Jadi inilah masa yang sesuai untuk Sis membaca novel-novel yang telah Sis beli sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC yang lalu.




Umum mengetahui, Sis adalah peminat buku-buku Ain Maisarah dan sentiasa menyokong Syarikat Blink Book SDN.BHD. Jika mahu kenal lebih lagi siapa Ain Maisarah dan penulis-pelukis Blink Book, KLIK SINI.

Pesta Buku terbesar ini telah berlangsung pada 28 April hingga 7 Mei yang lalu. *mashaallah..lama betul Sis dok simpan cerita ni! Kira kita throwback lah ni ya. Hehehe J* Jadi Sis memilih untuk pergi ke Pesta Buku pada 1 Mei. Kebiasaannya, orang ramai menaiki pengangkutan awam untuk ke PWTC tapi Sis sekeluarga naik kereta. KERETA UOLLSSSSSSS.. Hmmm mesti susah nak cari parking. Jalan sesak lagi! Huh! (banyak betul tanggapan negatif) 

Bila dah fikir benda-benda macam ni lebih awal, mama Sis pun buat keputusan keluar awal dari rumah. Pukul 8.40 pagi kami bertolak dan sampai di PWTC kira-kira jam 9.34 pagi. Hahahaha…ingatkan dah boleh masuk rupanya pukul 10 pagi baru boleh. Maka kami pun menunggu lah dengan setia dan sabarnyaaaaaa..

Kalau ikut cerita kat atas ini, sebenarnya memang senang nak cari parking kalau keluar awal-awal pagi dan tahu tempat rahsia yang senang nak dapat parking. Alhamdulilllah, mungkin kerana kami telah keluar awal dari rumah maka kami dapat mengelakkan diri dari terlibat dengan KESESAKAN JALAN RAYA YANG MAHA DAHSYAT DI KL!

Diringkaskan cerita, sudah pun pukul 10.00 pagi. Yey!! Mama terus aim nak pergi booth  Galeri Ilmu untuk mendapatkan buku-buku terbaru karya Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan isterinya Roza Roslan. Capai sana, capai sini dapatlah buku-buku yang mama nak. Oh rupa-rupanya mama nak cepat sebab dah ternampak Prof Kamil dan Roza Roslan rupanya! Apalagi, berdezzuuupppp mama pergi sebab takut Prof dan isterinya pergi. Excited dah muka mama.. Hahaha. Takpe ma, Kaklong paham rasa keterujaan tu.

Kalau korang nak tahu buku apa yang mama beli dan apa kesinambungan kisah Sis ini. Tunggu di next entry. Bye!


Terima Kasih sudi baca <3