Selasa, 8 November 2016

Review Movie Trolls

Assalamualaikum ☺

Selamat pagi dunia! Semoga anda diluar sana sedang bahagia disamping orang tersayang (hohoho macam DJ radio)

Sis harini nak share dengan korang pasal cerita "TROLLS" .. sape dah tengok? (Yeahh kita geng)

Sebelum nak baca review, baca dulu kisah Sis ni hehehehe..

Hari Ahad yang waktu deepavali tu, Sis dan keluarga Sis pergilah jogging kat Cyberjaya.. lepas dah jogging, kitaorg rase (lagi2 adik Sis) nak tengok wayang.. Sis cadangkan tengok doctor strange tapi diorang tak nak (sedih idea kene tolak)

Lepas dah habis jogging tu pergi makan pulak nasi lemak kat Putrajaya (HAHAHA DAH HABIS JOGGING, KITA TAMBAH LEMAK PULOK)

Oh, nasi lemak kat sini memang terbaik lah*mungkin boleh buat entry pasal nasi lemak beratur kat Putrajaya ni*

Waktu makan2 tu, bincang punya bincang.. hmmm tengok cerita trolls lah nampak nye 😭😭 *hancur.. hancur.. aku...*

K lah.. tengok trolls pon trolls lah kan ..

Lepas makan, pergi balik Cyberjaya. Kali ni pergi tengok wayang kat D'pulze (betul ke ejaan ni?)

Selalu tengok kat IOI CITY MALL (tkdelah selalu sangat.. )

Dan... Sis terpaksa merelakan hati auchh..


Sinopsis cerita dari pandangan Sis :

Ianya mengisahkan tentang satu makhluk kecil yang amat amat comel, tinggal di sebatang pokok yang amat besar. Nama makhluk itu ialah 'Trolls'

Lepastu, ade lagi satu makhluk lain yang amat besar mempercayai bahawa, jika mereka ingin bahagia mereka mesti makan 'trolls' tersebut..

Tetapi, pada suatu hari dimana hari "Trollties" (makluk besar makan Trolls untuk rasa bahagia) terkejut apabila mendapati bahawa tiada satu pon Trolls di pokok tersebut..

Rupa2nye.. kesemua trolls tersebut telah melarikan diri melalui bawah tanah..

Akhirnya semua trolls terselamat diatas pimpinan Raja Trolls pada waktu.. Raja Trolls mempunyai seorang puteri bernama "Poppy"

Selepas 20 tahun dari peristiwa tersebut, Poppy telah menjadi puteri yang dewasa manakala ayah nya pula semakin tua..

Poppy ingin meraikan 20 tahun dapat melarikan diri dari makhluk besar tersebut.. Majlis tersebut menjadi majlis paling riuh, paling ceria dan PALING BISING sehingga dapat di'hidu' oleh seorang makhluk besar ..

Lepastu, makhluk besar datang ke tempat Poppy dan rakan2 nye dan mengambil beberape rakan baiknya.. 😭 sedih tau part ni..

Maka bermulalah misi Poppy ingin menyelamatkan rakan2nye.. Poppy ni happy orangnya, tabah, lepastu dia ni always be positive..

- The end -

Eh2, belum tamat lagi cerita ni sebenarnya..kalau nak tahu apa jadi, bolehlah tengok sendiri kat wayang nanti ok!

Untuk ibu bapa .. Sis sarankan, bawaklah anak2 tengok cerita ni sebab SERIOUS BEST! kalau ade 10 bintang, Sis bagi 50 bintang.. betul2 best

Haaaaa.. lagi satu,dalam cerita ni banyak lagu2 yang best.. tapi ada dua lagi yang Sis sangat2 suka iaitu lagu "Hello" dan "True Colour"

Bolehlah kalau korang nk search dengan youtube..

Mak Sis kata, lagu2 dalam ni lagu time dia kanak2 dan remaja..

Memang best la, cerita dia tak slow, cepatttt je... rase tak bosan, lepastu cerita ade banyak pengajaran yang baik, dan banyak aksi2 lawak dalam cerita ni (Sis dok gelak je)

Oklah, takdelah rase menyesal tak dapat tengok doctor strange lagi pon Sis ni kan kanak2 ribena lagi... HAHAHAHA.. tu yang boleh ngam tu..

Haaaaa..  dah panjang dah ni..  sampai sini jelah dulu..

K bye.. Assalamualaikum

Terima kasih sudi baca 😘