Jumaat, 4 November 2016

# Part 3 Percutian di Pulau Pinang with my family

Hai.. Assalamualaikum pembaca sekalian 🌹

Harini Sis nak sambung mengenai percutian Sis di Pulau Pinang dengan keluarga Sis.. Ya, ni adalah #part 3 punya ok πŸ‘Œ

Jadi entry kali ni Sis nak share hari kedua Sis berade di Penang.. hehehehehe

'Hari yang indah, mulakan harimu dengan senyuman..'

~syukur selalu (Dayang n black)

Jadi hari kedua dekat Penang ni adalah hari yang paling MEMENATKAN sbb untuk hari ni mmg keluarga Sis memperuntukkan masa untuk jalan2...

Awal2 pagi lagi kami dah siap tau.. Jadi, sebelum kita nak jalan2 mencari pengalaman dekat Penang ni... WAJIB lah sarapan terlebih dahulu ye awak2 sekalailan.. haaa.. sekalailan pon boleyy.. sekalian... maaf πŸ˜‚πŸ˜‚

Kami pon sarapan dekat2 dengan apartmen kami.. Nak tahu tak? Sis makan 2 bungkus nasi lemak πŸ˜‚πŸ˜‚ HAHAHAHAH..  sedap n murah pulak tu.. tak silap sebungkus RM 1.00 je tau! mmg cenggini ah an πŸ‘πŸ‘

Lepas Sis dah kenyang dan keluarga Sis pon dh selesai makan.. Kami terus menuju ke........... TAMAN BOTANI! ye.... taman yg penuh dengan bunga-bungaan yg berwarna-warni..kalau yg lidah mat saleh tu.. ianya disebut BOTANICAL GARDEN.. Taman ni dari apartmen takdelah jauh sangat.. serius dekat! But nak masuk kenelah bayar.. tahun yg Sis pergi tu nak masuk bayar RM8.00 sorang...bukan free tau! Jadi, sediakan duit yang secukupnya😊 Dan semestinya mama saya yg bayarkan untuk saya.. yelah sbb Sis akn kecik lagi HOHOHOHOHO πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚untung jadi budak kecik ni kan..


Maaflah gambar tak cantik, malas nak transfer dari laptop ke phone πŸ˜‚


Dalam Taman Botani ni besar tau! Jadi kami pon naik ni sbb malas nak jalan.. lagipon Sis pergi ni bawak atuk.. jadi naik lah bende ni satu family...

Dalam dia cantik!!! Untuk pencinta alam seperti Sis ni mmg haruslah pergi sini kan!..

Sis taknk tunjuk gmbar kat sini sbb kalau nak tahu kene pergi sendiri! Kalau anda yang akan pergi Penang atau yg mmg penduduk tetap Penang.. boleh try pergi sini.. masuk pun murah...

Pastu kan.. kat sini ramai pasangan pengantin tangkap gambar tau .. WAH! Jadi over all Sis mmg SUKA tempat ni!!

selepas puas kami berade di Taman Botani, kami menuju pula ke Muzium Time Tunnel.. dalam muzium ni ianya menceritakan kepada para pengunjung mengenai pertapakan Bitish @ SHTI di Pulau Pinang. Bukan tu sahaja tau, ianya juga menyediakan lukisan2 3D yg sangat unik.. WAJIB PERGI! Sbb kalau nk post kat insta ke fb ke mmg rase bangga lah sbb gambar pon cantik2 kan..

Meh Sis kongsi gambar kat sini ⬇



Dalam gambar ni ade semua family Sis yg pergi Penang time ni.. kecuali atuk je takde..
Biar Sis perkenalkan!! Dari kiri : Pakngah Adi yanh hensem (hensem ke?), Faris ( my cousin yang paling baik), Ryan (sepupu Sis paling cute)



Alamakkkkkk... TOLONGGGGG!!!!



Haaaa... amacam? Unik kan? Sis dah ckp dh.. So, pergi tau.. ermmm masuk kene bayar TAPI serius puas hati.. nak masuk ni Sis sarankan korg wajib bawak alat yg ade camera.. kalau tak rugi je masuk sini! To be honest, kat sini je kitaorg dh tangkap beriban gambarπŸ˜‚ HAHAHAHAHAHA

Selepas dh ber'posing' smpai lebam kat muzium time tunnel ni.. kami bergerak pula ke... rumah P.Ramlee... ye, ni sahaja tempat yg setakat ni percumaπŸ˜‚ HAHAHA.. boleh tahan jugak sebenarnya rumah P.Ramlee ni..

But... kita kene bersambung dulu.. entry pasal rumah P. Ramlee dlm next entry .. so sehingga ni disini dlu.. maaf jika terkasar bahasa, tersalah kata.. sesungguhnya yg baik itu dtg dr Allah dan yg kurang itu datang dr khilaf saya sendiri.. Terima Kasih Sudi Baca kpd pembaca baru ataupun pembaca 'setia' blog Sis walaupun Sis tak tahu siapa anda 😘

Jadi bye2.. Assalamualaikum .. nantikan next entry ok! 😍😍

Boleh follow Sis di insta

➡amani232

Ataupon untuk berhubung boleh lah emelkan kpd

➡nurinamaniafeenddy2002@gmail.com