Langkau ke kandungan utama

Mengimbau kenangan zaman sekolah rendah 3.0

Helloooo.. Assalamualaikum semua :)

Hai.. apa khabar? Sihat ? Sis doakan pembaca semua dalam keadaan sihat ye 😄

Baiklah, memandangkan esok (17/11/2016) ialah tarikh bagi semua darjah enam di seluruh Malaysia kerana mereka akan ambil keputusan UPSR ! *ha.. ayok..*

Ade ke yang baca blog Sis ni darjah 6 ? Kalau ada, Sis doakan anda peroleh keputusan yang cemerlang dan tak lupa juga kepada ibu2 dan bapa2 yang ada anak nak ambil result esok.. Semoga memperoleh kejayaan ye.. Amin...

Jadi, apa salahnye kalau Sis kongsi tips nak ambil result esok kan?

Tips nya ialah :

1. Siapkan dulu baju sekolah. Gosok sampai licin .. heheh baru semangat nak ambik result esok kan.. ☺

2. Esok bangun awal supaya dapat solat subuh dan sarapan.. lagi pon, kalau bangun awal takdelah tergesa gesa.. 😉

3. Sepanjang dalam perjalanan ke sekolah dan menunggu nak dapat result, selawat banyak2 ya!

Lepastu bila dah tahu keputusan, redha dengan apa jua keputusan sebab awak dah berusaha dengan baik...

Sebab tajuk pon mengimbau kenangan kan, so meh lah Sis nak berkongsi cerita Sis waktu nak ambil result UPSR dulu..

Waktu Sis nak ambik result dulu, dalam kereta lagi Sis dah dup dap dup dap.. pehhh memang gementar lah kan.. dalam kereta asyik sebut takut je..

Waktu tengah tunggu result tu, Sis memang anggap dapat 3A 2B jelah.. sebab Sis lemah sikit math dengan BI time sekolah rendah dahulu kala.. hehehe.. tapi sekarang Alhamdulillah.. Allah permudahkan..

Ok back to the story, tiba2 bila result dah keluar Sis dapat 4 A 1 B... tapi memanglah sebelum result tu ade tanam cita-cita nak dapat 5 A..

ALHAMDULILLAH.. so korang rase Sis dapat ape yang 'B' tu.. math? TAK!!! sains Sis yang B! Ya Allah.. redha je lah waktu tu.. memang tak sangka math A tapi sains B.. sebab sepanjang percubaan UPSR.. sains Sis selalunya A.. math tu adelah B kekadang C..

Terkilan lah juga .. yelah subjek sains yang ulang tu susah kott.. ramai kawan2 Sis yang dapat 5A time percubaan dapat 4 A 1 B dan B mereka ialah SAINS!

Siapelah yang bocor kan soalan ni?!?!

Tapi nak buat macam mana.. semuanya Allah yang aturkan kan?

Jadi, lepas dah dapat tahu keputusan tu Sis tetap happy jugak sebab tak sangka math and BI A.. cepat2 pergi dekat cikgu math Sis yang ajar Sis time darjah 6.. nama dia Cikgu Ailin (melayu ea, bukan cina walaupon muka dia putih. Heheheh)

Sis cakap "Cikgu, saya dapat math A! Terima kasih cikgu!"

Cikgu pon cakap "yeke? Alhamdulillah! Tahniah!" lepastu cikgu bagi Sis 'hadiah' lah sebab dapat A.. Sis mula2 taknak ambik 'hadiah' tu tapi Cikgu cakap itu ibarat reward lah sebab Sis dapat A.. banyak jasa cikgu ni.. Allah jelah yang mampu balas..

Lepastu jumpe kawan2 tanya, kau dapat ape? Kawan tanya Sis, dapat berape? Haaaa macam2 lah.. hehehe

Yang menariknye, adelah sorang ayah kepada kawan Sis ni kata nak ambik gambar Sis dengan anak dia.. 'dia' tu Ketua Pengawas zaman tu.. alah, kitaorang pon kenal since darjah 1 so macam tak kisah lah sebab kawan2 kan.. dari nak ambik gambar pegang result berdua, kawan baik Sis, Alia n Sabryna join sekali.. hahaha.. lawak pulak bila teringat balik..huhuhuh..

Lepastu bila dah balik rumah time tu pulak hujan selebat lebatnya seperti tahu2 je Sis sedang gembira.. Apa lagi? Mandi hujan lah Sis depan rumah.. HAHAHAH lepastu jiran dari dalam rumah tanya "dapat berapa A ?" macam happy je?..

MEMANG HAPPY PON!!

Dan begitulah ceritanya.. Alhamdulillah..

Jadi, di kesempatan ini *macam hari raya plak* Sis nak bagi ucapan khas buat guru2 sekolah tadika dan sekolah rendah Sis..

"Cikgu, terima kasih sebab ajar saya tanpa rasa jemu.. dari saya tak tahu, sampai saya tahu.. Dari saya tak tahu berpidato, sampai saya sedar saya ada bakat tu.. lagi2 kepada cikgu2 math saya yang tak jemu layan soalan2 saya.. TERIMA KASIH CIKGU! Semoga Allah membalas jasa kamu semua.. Amin.. "

Panjang lagi nak ucap sebenarnya hehehe.. apa2 pon kenangan cikgu2 bersama saya akan sentiasa abadi dalam fikiran saya..

SAYA SAYANG CIKGU-CIKGU SAYA!

Terima kasih sudi baca 😘

Maaf kalau ade yang tersinggung.. maaf juga kalau ade typo.. yelah jari makin gemok!

Bye!!

Catatan popular daripada blog ini

Jamuan Akhir Tahun Pengawas 2016

Assalamualaikum semua!! haaa... jawab2, jangan tak jawab...berdosa!

How are you today? Sis, hari ni happy sbb cuti nak2 exam untuk subjek teras dah settle.. Alhamdulillah..

Jadi untuk entry kali ni Sis nak share dekat awak yang sedang baca ni tentang JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS 2016... ya.. berikan tepukan gemuruhhhh!!!😂

Best sangat ke Jamuan tu? Penting ke? 

Haippp... of course lah penting uollsss... tiap2 tahun LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH akan mengadakan jamuan ni.. Jamuan ni bertujuan untuk menghargai jasa pengawas sekolah terhadap sekolah.. haaaa gitewww..

Dan for sure lah yg jamuan ni mmg DA BOOM sbb ape? Sbb kita dapat berkumpul ramai2 antara guru2 pengawas dan pengawas2 sekolah yg terdiri drpd form 1 hinnga form 5.. bukan itu sahaja.. alumni pon *senior yg dh tamat skolah* turut serta dalm jamuan nihhh WAHHH!!! Sis rase jamuan ni lagi meletop dari anugerah meletop (angkat tangan... angkat tangan.. )

Spesial nye jamuan ni sbb ianya diuruskan oleh pengawas sendiri.. ianya bagi melat…

Review buku "Cerita & Cinta" Irine Nadia

ASSALAMUALAIKUM..

Berapa hari dah Sis tak jenguk blog Sis ni..hehehe..

Ok, terus kepada point kita hari ini.. Hari ni Sis nak kongsi tentang sebuah buku yang memberi inspirasi kepada Sis.. Iaitu buku "CERITA DAN CINTA" yang merupakan sebuah coretan oleh Irine Nadia..

Gambar buku ni ade kat instagram Sis..

Korang kenal tak Irene Nadia ni siapa? Irine Nadia ni merupakan seorang blogger dan telah berkahwin pada usia yang muda.. Dia juga telah mempunyai 3 orang anak..

Inspirasi ape?

Untuk yang dah pernah baca mesti kata " eh inspirasi nak kahwin muda ke? " 

BUKAN LAH!!!

Inspirasi untuk Sis pergi kearah kebaikan sebab dalam buku ni, Kak Irine menceritakan bagaimana susahnya dia nak cari duit untuk tampung pembelajaran dia dekat MSU tanpa ditolong oleh ibu bapa..

Lepastu, bagaimana dia buka sebuah butik yang bernama "Fiska" sempena nama anak sulungnya yang pertama iaitu " Fiska Medina "

Yang paling Sis kagum dengan Kak Irine ni, dia seorang yang kuat s…

BLINK SLEEPOVER 1.0 di Markas Blink

Hai semua... Assalamualaikum. Salam Jumaat..

Hari ini Sis ingin berkongsi dengan pembaca tentang aktiviti "Blink Sleepover" yang telah dijalankan pada 3 dan 4 Disember yang lalu..

Ianya dilaksankan di MARKAS BLINK yang serba BIRU dan PINK.. rasa macam taknak balik tau! lagi pun sekejap sangat program ni.. 2 hari 1 malam.. tak cukup!

Blink Fairies : Penulis Blink
Blink Lovelies : Pembaca Blink (blinkers)

Jom tengok gambar-gambar ini..





Sebenarnya, lepas habis slot "Aku Mahu Jadi Novelistar" ada slot dengan Abang Azanil Fiti dan Abang Aman Wan untuk slot "Now everyone can talk!" tapi, tak jumpa pula gambar... Kalau nak tengok, boleh pergi ke Instagram Sis ok!







Gambar-gambar ini untuk hari kedua ya!